Account: (login)

More Channels


Are you the publisher? Claim this channel

Search in 110,166,189 RSS articles:

Channel Description:

Pada tahun 1998, sekumpulan remaja yang bosan dengan aktiviti malam yang kosong, telah berkumpul di sebuah kedai sekitar stadium Alor Star. Lalu tercetus lah AKRAB.
Ahli silih beranti, datang dan pergi namun
AKRAB masih tetap aktif dan sesuai denngan namanya...masih tetap AKRAB. Bermula dengan ahli ahli yang terlalu muda dalam bidang teater, Akrab telah puas di cemuh dan di ejek. Namun perjalanan harus diteruskan. Akrab mendaki sedikit demi sedikit dari juara rumah ke juara kampung, dari juara kampung ke juara negeri, dari juara negeri ke juara kebangsaan. Maka benarlah kata mereka “ kita hanya mampu melihat bintang jika berada dalam kegelapan”.Namun bukan kejuaran yang dicari tetapi kepuasan dalam memberi.
AKRAB tidak pernah merasa besar malah AKRAB lebih selesa dikenali seperti dahulu. Usaha nya besar tapi minta nya sedikit.
AKRAB masih mahu bersama anda untuk sama sama memperjuangkan teater tanah air. Marilah bersama kami untuk kita sama sama terus bekarya dengan sejujur - jujurnya…

Latest Articles in this Channel:

  • 12/04/07--10:26: FaMiLy RayA AkrAB (chan 1821548)
  • HuBuNgan Kami SekUat NAmA

  • 12/04/07--10:38: rumah TerbuKa AkraB (chan 1821548)
  • RAyaaa!!

  • 12/04/07--10:39: KEpuTuSAn PeniLAiAn perinGkat KEbAngSAan (chan 1821548)
  • ~DoaKan AkrAB uNtuk

  • 12/04/07--10:41: PeMEnTAsaN akRAb unTuk PeniLAiAn KEbANgSAan..HAMLET (chan 1821548)

  • 12/04/07--11:03: terbaru akrab (chan 1821548)

  • 12/04/07--11:54: once akrab always akrab (Theater Group) (chan 1821548)

  • 01/31/08--06:28: sukaneka akrab (chan 1821548)
  • AKRAB telah mengadakan program anak angkat dan sukaneka di Kubang Menerong Padang

  • 02/03/08--14:42: Hamlet akan ke KL (chan 1821548)
  • Alhamdulilah....hanya itu kata kata yang dapat kami ucapkan. Terima kasih kepada allah s.wt kerana memberi semangat, idea, dan yang paling utama kesihatan. Pada kawan2 yang banyak membantu, pada semua Northern Indies Teather Group yang tak putus putus support kami, Grup2 theater Penang, Perlis....fuhhhhhh banyak kalau nak sebut. Kepada semua produksi tahniah dan terima kasih semuanya kerana komitmen kalian.

    Kami tak pernah menjangkakan langsung...(honestly), rata rata sahabat-sahabat grup lain yang bertanding di peringkat penilaian adalah grup grup yang amat kami hormati dan kagumi. Siapalah AKRAB kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Kita tidak bertanding sebenarnya tetapi kita di pertandingkan...hahahhahahaa...(betul ke)...marah KEKWA nanti.

    Sepekara yang membuat kami tidak meletak harapan, apabila ada juri yang berpendapat sindiran pementasan ini terlalu fokus kepada sesuatu yang hampir dengan jiwa bangsa melayu (pada yang dapat ...dapat lah, pada yang tidak ...tidak lah AKRAB tak...

  • 02/03/08--18:45: SENI ITU OKSIGENKU........... (chan 1821548)
  • Wan Raja

  • 02/03/08--22:21: Theater Cumbuan Dosa Semalam by Bakawale (chan 1821548)
  • Adalah satu kemaluan besar (hahahahahah kemaluan tuuuu) bagi AKRAB mengunjungi pementasan BAKAWALEE. Malu kerana setelah lama berkenalan inilah kesempatan yang julung kalinya AKRAB dapat ke Penang menyaksikan persembahan mereka. Berbeza dengan BAKAWALEE yang tak putus putus memberi sokongan kpd AKRAB dalam majoriti pementasan nya. Sorry guys....sorrry sangat sangat, kalau nak mencari alasan ada 1000 alasan tetapi hakikatnya pada waktu show show kowang sebelum ni selalu saja korum tak cukup untuk ke Penang, dan kadang kadang ada pertembungan job. Yang ni betul. hahahahahahaha. Ok, bertolak 5 jejaka tampan lagi hensem dengan sebuah kereta buruk ke Penang tepat Jam 6 petang. Susah kalau dalam satu kereta ada videographer, ada fotographer...sebab perjalanan tu akan sikit delay....hahahahaha sampai butterworth dah dalam golden hour. Berhenti tangkap gambar dulu then sambung balik perjalanan. --------- Cumbuan Dosa Semalam kaya dengan idea. Itu pandangan saya secara peribadi (safuan)...

  • 02/04/08--09:20: Perjumpaan Tak Rasmi AKRAB & BAKAWALEE (chan 1821548)
  • Selesai menonton persembahan menarik Bakawalee "cumbuan dosa semalam" beberapa wakil AKRAB (Wan da big bro, Bahari, Meow, Hairi de de , Penghulu Lan & Safuan) telah di bawa ke muka pengadilan santapan di Kapitan oleh Grup Bakawalee. Beberapa ketul ayam dan kebab telah menjadi mangsa kami pada malam itu. Kami sedar bahawa ayam ayam tersebut tidak bersalah, tetapi dek kerana lapar rasa bersalah itu kami ketepikan dulu....makan time.
           Impian untuk Tea session dengan Bakawalee telah lama terpendam. Impian untuk bertukar maklumat, idea, fikiran, aliran dan cerita telah sedikit terlaksana. Kesempatan ini digunakan sebaiknya. Maka tercetuslah idea untk memproduksikan satu teater dengan gabungan 3 negeri Penang, Kedah & Perlis. Gabungan ini amat bermakna buat kami dalam membuktikan bahawa grup teater melayu boleh bersatu. Biarpun berbeza aliran tapi kita akan sepadankan, biarpun berbeza pendapat tapi kita akan muafakat, biarpun berbeza pentas selama i...

  • 02/04/08--13:24: MOHRAM ; Antarssukha (chan 1821548)
  • Lagu lagu ni menarik Link

  • 02/10/08--03:31: orang kampung blog (chan 1821548)
  • all about teater, rasa, hati, mata dan

  • 03/12/08--21:30: KLK Teater di UUM (chan 1821548)
  • Pada hari sabtu ni AKRAB ada bersama student ko koriukulum teater UUM. Beberapa ahli akrab terlibat sebagai

  • 03/14/08--22:51: Photo Album 2008-03-24 (chan 1821548)

  • 03/27/08--15:25: projek JV ngan KEREKUL kat Tasik Banding (chan 1821548)
  • Bila rekreasi dan kebudayaan digabungkan lahirlah modal insan...

  • 06/04/08--11:39: AKRAB dengan Latihan Hamlet untuk Ke festival Teater Malaysia 2008 (chan 1821548)
  • Festival teater Malaysia 2008 akan bermula pada 14 Julai 2008. Akrab telah mewakili Kedah Darulaman sebagai antara 5 Negeri yang terpilih. Semoga persembahan AKRAB kali ini membawa sedikit wadah buat pemikir yg penonoton nanti. Bukan kemenangan yang AKRAB

  • 06/04/08--12:04: latihan HAMLET ke FTM2008 sudah bermula (chan 1821548)
  • Membawa panji panji negeri bukanlah satu tugas mudah buat kami (AKRAB).Terlalu berat. Namun berat ini dipikul bukan sahaja oleh seluruh 25 tenaga produksi malah turut dipikul oleh semua kakitangan Jabatan Kebudayaan, kesenian & Warisan Negeri Kedah serta para AKRAB Fans dan para rakan rakan grup indies teater kawasan utara. Terima Kasih semua.

    Tidak ada kelainan yang ingin dijanjikan, tidak ada kelebihan yang ingin dipersembahkan sebaliknya kami hanya membawa satu suara kenapa harus ada dendam. Hamlet kali ini hanya difokuskan pada persoalan dendam dan kesan nya.

    Pada saat ini kami hanya ingin menyatakan hanya kerana Dendam sultan kita mula dicabar, hanya kerana dendam Melayu semakin hilang sifat tuan, hanya kerana dendam kita melebarkan ketawa orang lain, hanya kerana dendam kita bersorak kejatuhan, hanya kerana dendam kita mungkin hanya akan tinggal baju melayu yang di tempah di kedai cina.





  • 06/05/08--19:20: Gambar sekitar penilaian Hamlet (chan 1821548)
  • Kepada rakan2 yang tak sempat hadir ke persembahan hari tu, di sini ada beberapa gambar sewaktu

  • 06/11/08--15:24: Saat Hamlet di khatankan.... (chan 1821548)
  • Malam tadi sessi latihan penuh bersama pelakon dan korus. Latihan penuh apabila semua barisan pelakon dah mula bersiap dari poket masing-masing bersama setiap mentor. Bertepatan dengan falsafah tugas pengarah adalah membuat pilihan bukan membuat latihan. Nah, sekarang terpulang kepada pengarah untuk membuat pilihan , buang yang mana dan ambil yang mana. Pengarah dan artistik telah bersepakat dengan konsep dan pola persembahan. Cuma atur dan kemaskan. Tugas ini bukan mudah. (tanya la pegawai khalwat...bukan mudah kan). bagaimana mahu membuat pilihan dan kesimpulan.

    Sekali lagi hamlet dipersoalkan " tak apa ke 'highlight' melayu ni ?" tak nampak perkauman ke? Jelas ada kerisauan di sesetengah wajah. Aku kata kalau bayaran persembahan ini kita terpaksa di hukum atau di singkir dari pertandingan, maka hukum lah...singkirlah. Andai mempersoalkan kepincangan dan kelemahan bangsa kita satu kurang ajar, biarlah kita kurang ajar sedikit. Ulasan Pengarah lagi pedas sehingga memaksa untuk aku tid...

  • 03/30/09--22:03: Pemimpin Datang Dan Pergi (chan 1821548)
  • Akrab telah selamat melalui persidangan akrab untuk sessi 2008/2009. Sekali lagi Imam imam akrab bertukar ganti di kalangan sahabat. Pertukaran dalam suasana yg nyaman dan damai, kerana saling memahami halatuju akrab harus lebih jauh dan mampan dalam dunia persembahan pentas. Tahniah kepada mereka yg telah dipilih (Wan Suhairi & Saipol Bahari) kerana sememangnya anda adalah imam besar akrab yg cukup disegani dan disayangi oleh semua. Jangan pusing belakang, langkah terus biar tidak berlari kerana berjalan tanpa henti juga bisa buat kita sampai ke

  • 07/28/09--09:14: 'as-syura' kembali (chan 1821548)
  • 'as-syura' kembali memeriahkan festival teater negeri kedah pada tahun 2009.setelah bermuzakarah sesama ahli maka lahirlah semula as-syura pada festival teater tahun ini.
    tanggal 11hb julai ahli2 akrab telah berbincang untuk memutuskan sama ada ingin masuk festival teater tahun 2009 ini atau tidak.pada malam itu keputusan tidak dapat dibuat.              tanggal 12hb julai keputusan sepakat bersetuju untuk masuk dalam ketogeri terbuka dan monolog.
    14hb julai perbincangan hangat untuk memutuskan skrip yang bakal dibawa oleh akrab pada festival tu nanti.antara skrip yang dicadangkan ialah..
    'sangkar madu'
    'waiting for godor'
    'topan'
    'pelantar'
    'selamat jalan anak kafir'
    'salahkah aku membunuh'
    16hb julai majlis cabutan undi untuk festival teater kedah berlangsung di taman budaya negeri kedah dan akrab telah mendapat nombor 4 dari 7 kumpulan.akrab telah menukar jadual undi dari nom 4 dengan uum yang mendapat nombor 3 atas dasar kawan dan persahabatan.maka teta...

  • 07/28/09--09:59: persiapan group akrab untuk menjayakan teater 'as-syura' di festival negeri kedah (chan 1821548)
  • latihan para pelakon dan persiapan set oleh tenaga teknikal

  • 08/07/09--21:51: akrab JOHAN festival teater negeri kedah 2009. (chan 1821548)
  • Akrab telah berjaya menjadi johan pada festival teater 2009.selain daripada itu akrab juga dapat meraih anugerah PENGARAH TERBAIK tak lain tak bukan saudara SAIPOL BAHARI A.M.N dan PELAKON WANITA TERBAIK adalah PUAN SITI SALWANI (WANI).malam yang penuh gilang gemilang itu menyaksikan betapa kuasa akrab masih utuh di persada seni negeri kedah.
    saudara saipol bahari a.m.n (pengarah terbaik)berkata walaupun akrab berjaya mendapat johan tetapi beliau masih kurang berpuas hati dengan persembahan para pelakonnya dan beliau sendiri mengaku bahawa persembahan pada malam itu adalah sebuah persembahan yang kurang bertenaga.dengan latihan persediaan 7 hari(seminggu) dan tidak sampai 24jam keseluruhan berlatih sehingga hari persembahan,mendapat tempat pertama adalah sebuah kejayaan yang besar.saudara saipol bahari a.m.n telah merangkul lebih 5 tahun berturut-turut anugerah pengarah terbaik juga berkata bahawa beliau munkin tidak akan mengarah lagi pada festival teater akan datang dan akan me...

  • 08/09/09--17:54: AKRAB - Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan (chan 1821548)
  • Berbekalkan semangat ingin mencuba sesuatu yang baru dalam bidang seni,Akrab telah menyertai Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan 2009,dengan penyertaan oleh : 1 . Saipol Bahari Mohd Iman 2 . Wan Suhari Wan Senu 3. M. Yushazizi Yusuf Alhamdulillah.... berkat doa semua AKRAB berjaya meraih kemenangan JOHAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2009 NAIB JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN Terima kasih juga buat semua yang telah memberi sokongan dan bantuan dalam menjayakan penyertaan Pengkisahan Kenegaraan 2009.. Seni dan Budaya Manifestasi Bangsa Saipol Bahari mohd

  • 08/25/09--00:30: Teater Asyura - FTK 09 (chan 1821548)
  • " Tentang sesuatu apa pun kamu berselisih maka keputusannya (terserah) kepada ALLAH (yang mempunyai sifat-sifat demikian).Itulah ALLAH tuhanku.KepadaNyalah aku bertawakal dan kepadaNyalah aku kembali. " (surah Asy-syura ayat ke 10